PERMOHONAN PINJAMAN BOLEH UBAH LUAR NEGARA(PPULN) BAGI PENGAJIAN DI JORDAN,MAGHARIBI DAN MESIR 2019

Permohonan pinjaman boleh ubah luar negara(PPULN) bagi pengajian di Jordan, Magharibi dan Mesir bagi tahun 2019, dibuka untuk permohonan kepada yang berkelayakan.

Tabung Kumpulan Wanga Biasiswa Negeri Selangor (TKWBNS) membuat peluang kepada anak kelahiran daripada negeri Selangor yang ingin melanjutkan pengajian di Luar negara di Jordan,Magharibi dan Mesir dalam bidang yang ditetapkan.

SYARAT KELAYAKAN

Pemohon dan ibu bapa merupakan warganegara Malaysia;
Pemohon, ibu atau bapa lahir dan menetap di Selangor; atau
Pemohon telah dan sedang bermastautin lebih daripada sebelas (11) tahun di Selangor;

Baca Juga:

Tawaran Penajaan JPA bagi melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah pertama 
Permohonan Biasiswa bank pembangunan islam 2019
Pinjaman pendidikan Boleh Ubah Bank Rakyat 2019

Telah mendaftarkan diri bagi pengajian sepenuh masa bagi pengajian seperti berikut:

-       Ijazah Sarjana Muda Sains Kesihatan Mesir
-       Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam / Bahasa Arab Maghribi dan Jordan
-       Ijazah Sarjana Muda Perbankan Jordan
-       Ijazah Sarjana Pengajian Islam Mesir dan Maghribi
-       Ijazah Doktor Falsafah Pengajian Islam Maghribi

1) Telah mendapat keputusan sekurang-kurangnya JAYYID (GOOD) dalam peperiksaan tahun 1 bagi pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda.
2) Pemohon bukan pelajar semester terakhir atau diberikan lanjutan tempoh pengajian.
3) Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM20,000;
4) Pelajar dan/atau ibu dan/atau bapa dan/atau ahli keluarga tidak disenarai hitam oleh TKWBNS atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh pihak TKWBNS; dan
5) Pemohon tidak mendapat sebarang tajaan daripada mana-mana penaja.
6) Keutamaan akan diberikan kepada anak Selangor yang mempunyai keputusan akademik yang CEMERLANG

KADAR TAJAAN

Tempoh Tajaan

Tajaan adalah bermula daripada tarikh kuatkuasa surat tawaran sehingga tamat pengajian seperti yang dinyatakan dalam Surat Tawaran daripada Universiti.

Pengurangan Bayaran Balik


Pembiayaan yang akan diberikan adalah dalam bentuk pinjaman pelajaran boleh ubah di mana pinjaman akan diberikan pengurangan bayaran balik berdasarkan keputusan terakhir peperiksaan.


CARA MEMOHON:

Muat turun borang permohonan di DISINI

Borang yang telah lengkap diisi bersama dokumen sokongan yang disahkan hendaklah dihantar kepada:


Pejabat Atase Pendidikan Selangor Mesir
Asrama Selangor Kaherah,
Kompleks Asrama Pelajar-Pelajar Malaysia
Tooba El Ramly, El Hayyu El `Asyir,
Nasr City Kaherah Mesir

Permohonan yang dihantar selain daripada alamat di atas TIDAK AKAN DIPROSES.

Permohonan bagi tahun 2019 belum dibuka.

Tarikh tutup permohonan bagi tahun  2018,


Maghribi        : 4 Oktober 2018
Jordan           : 8 Oktober 2018
Mesir              : 10 Oktober 2018

Pemohon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk temuduga.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi urus setia berikut:


1.Pejabat Atase Pendidikan Selangor Mesir
Asrama Selangor Kaherah,
Kompleks Asrama Pelajar-Pelajar Malaysia
Tooba El Ramly, El Hayyu El `Asyir,
Nasr City Kaherah Mesir
Emel   : atasependidikanselangor@gmail.com

2.Cawangan Biasiswa dan Pinjaman Pelajaran
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
Tel       : 03-5521 2275 / 03-5544 7543
Emel   : tkwbns@selangor.gov.my