PERMOHONAN GERAN PRA SISWAZAH & PASCA SISWAZAH 2019- YAYASAN PAHANG

Permohonan geran pra siswazah & pasca siswazah 2019-Yayasan Pahang, Bermula pada januari 2019, geran ini adalh terpakai. kepada mereka yang berasal daripada negeri Pahang anda diperlawa untuk membuat permohonan.


Skim ini mula diperkenalkan pada tahun 2000. Skim ini dikhaskan kepada pelajar-pelajar anak Pahang yang berjaya melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi dan bayaran dibuat secara one-off.

Sebelum membuat permohonan, anda dikehendaki untuk membaca syarat kelayakan yang telah ditetapkan untuk mengelakan permohonan anda di TOLAK

Mulai Januari 2014 pemberian Geran telah diperluaskan dengan Geran 1.0, Geran 2.0 & Geran 3.0 sehingga ke peringkat Sarjana / PhD Bagi kategori permohonan Geran 3.0, kadar pemberian bantuan adalah sebanyak RM1,000. Pada tahun 2019, pemberian geran sedia ada telah dijenama semula dan diberi sentuhan penambahbaikan melalui Geran Pra Siswazah dan Geran Pasca Siswazah.

Pemberian masih dikekalkan bermula tawaran di peringkat sijil sehinggalah ke peringkat Kedoktoran (PhD) di mana tawaran yang melibatkan peringkat sijil hingga Ijazah Sarjana Muda dikenali sebagai Geran Pra Siswazah dan peringkat Sarjana serta Kedoktoran dikenali sebagai Geran Pasca Siswazah. Bagi kategori Geran Pra Siswazah akan menerima RM500 manakala Geran Pasca Siswazah akan menerima RM1000.

Pemberian Geran Bantuan Pelajar ke IPT merupakan inisiatif dan rasa terima kasih Kerajaan Negeri Pahang melalui Yayasan Pahang (YP) kepada anak-anak Pahang yang Berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat tertiari.

Berikut adalah kriteria-kriteria yang terlibat :

A. KRITERIA GERAN PRA SISWAZAH

1. Anak Negeri Pahang Darul Makmur yang ditakrifkan sebagai;

  • Pemohon, ibu atau bapa dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur ; atau
  • Sekiranya pemohon dan Ibubapa tidak dilahirkan di negeri Pahang, maka pemohon hendaklah telah bermastautin di Pahang lebih dari 10 tahun dan berhasrat untuk terus menetap di Pahang dengan mengemukakan surat pengesahan bermastautin atas nama pemohon daripada Penghulu atau Pegawai Daerah atau wakil yang dilantik oleh YP.
  • Bagi pemohon yang ibubapanya bukan Warganegara Malaysia adalah TIDAK LAYAK MEMOHON.

 
2. Pemohon mestilah terdiri daripada pemegang SPM/STPM/STAM tahun semasa.

3. Permohonan boleh dikemukakan oleh pelajar dalam tempoh 4 minggu sebelum atau dalam tempoh 6 minggu selepas tarikh pendaftaran kemasukan ke institusi pengajian tinggi dengan melengkapkan borang yang disediakan serta melampirkan salinan dokumen yang telah disahkan benar. Permohonan hendaklah bagi kemasukan pertama kali ke IPTA/S secara sepenuh masa.

4. Borang permohonan boleh dibuat secara online di laman web YP di www.yp.org.my.
5. Senarai Institusi Pengajian Tinggi Awam & Swasta yang diluluskan oleh YP adalah seperti di bawah:

Baca Juga:

Permohonan Geran Bantuan Pelajar Ke IPTA/S tahun 2019
Permohonan Biasiswa Baitumal 2019
Permohonan Online Biasiswa Eramus Mundus 2019 bagi Sarjana Master

  a) 20 Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi Peringkat Asasi/Pra Diploma/ Sijil / Diploma/Ijazah Sarjana Muda) :

1. Universiti Malaya (UM)
2. Universiti Sains Malaysia (USM)
3. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
4. Universiti Putra Malaysia (UPM)
5. Universiti Malaysia Pahang (UMP)
6. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
7. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
8. Universiti Utara Malaysia (UUM)
9. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
10. Universiti Malaysia Sabah (UMS)
11. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
12. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
13. Universiti Teknologi MARA (UiTM)
14. Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
15. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
16. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
17. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
18. Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA)
19. Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
20. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
 
 b) 8 Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) bagi Asasi/Diploma/Ijazah Sarjana Muda:

1. Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
2. Universiti Tun Abdul Razak (UNIRazak)
3. Universiti Multimedia (MMU)
4. Universiti Teknologi Petronas (UTP)
5. Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU)
6. Universiti Industri Selangor (UNISEL)
7. Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
8. Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)
 
c) Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia.
 
d) Kolej Universiti Yayasan Pahang dan Kolej Yayasan Pahang Advanced Skills bagi peringkat Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.
 
e) Pra Diploma/Diploma/Ijazah Sarjana Muda Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
 
 f) Sijil/Diploma/Ijazah Sarjana Muda Pahang Skills.
 
 g) Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS) bagi peringkat Asasi, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda
 
h) Persijilan Profesional/Diploma Tahfiz yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
 
i) Kolej-kolej Swasta yang berdaftar dan diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia dan menjalankan program-program Diploma & Ijazah Sarjana Muda secara  francais/usahasama/kawalselia/berkembar dengan universiti-universiti awam tempatan sahaja.
 
 j) Program persediaan ke luar negara tajaan agensi Kerajaan contoh seperti JPA, MARA, FELDA, PETRONAS.
 
 k) Sijil di Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
 
l) Kolej Tuanku Abdul Rahman bagi peringkat Diploma sahaja.
 
m) Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) bagi peringkat Diploma.
 
n) DRB-HICOM University of Automotive Malaysia (DHUAM) bagi peringkat Diploma.
 
o) Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) bagi peringkat Sijil dan Diploma sahaja.
 
 ATAU

1.Pemohon mestilah telah menerima surat tawaran untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda bagi tahun semasa secara sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta yang diluluskan oleh YP.
 
2.Keputusan peringkat asasi/matrikulasi/diploma dan yang setaraf dengannya mestilah minimum CGPA 2.80.
 
3.Permohonan boleh dikemukakan oleh pelajar dalam tempoh 4 minggu sebelum atau dalam tempoh 6 minggu selepas tarikh pendaftaran kemasukan ke institusi dengan melengkapkan borang yang disediakan serta melampirkan salinan dokumen yang telah disahkan benar.
 
4.Borang permohonan boleh dibuat secara online di laman web YP di www.yp.org.my.
 
5.Senarai Institusi Pengajian Tinggi Awam & Swasta yang diluluskan oleh YP adalah seperti di bawah:
 
 a.20 Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)

1. Universiti Malaya (UM)
2. Universiti Sains Malaysia (USM)
3. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
4. Universiti Putra Malaysia (UPM)
5. Universiti Malaysia Pahang (UMP)
6. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
7. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
8. Universiti Utara Malaysia (UUM)
9. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
10. Universiti Malaysia Sabah (UMS)
11. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
12. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
13. Universiti Teknologi MARA (UiTM)
14. Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
15. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
16. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
17. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
18. Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA)
19. Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
20. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
 
b. Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

c. Kolej Universiti Yayasan Pahang (UCYP)

d. Pahang Skills

e. Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS)


B. KRITERIA GERAN PASCA SISWAZAH

1. Anak Negeri Pahang Darul Makmur yang ditakrifkan sebagai;
  • Pemohon, ibu atau bapa dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur ; atau
  • Sekiranya pemohon dan ibubapa tidak dilahirkan di negeri Pahang, maka pemohon hendaklah telah bermastautin di Pahang lebih dari 10 tahun dan berhasrat untuk terus menetap di Pahang dengan mengemukakan surat pengesahan bermastautin atas nama pemohon daripada Penghulu atau Pegawai Daerah atau wakil yang dilantik oleh YP.

  • Bagi pemohon yang ibubapanya bukan Warganegara Malaysia adalah TIDAK LAYAK MEMOHON.

2. Pemohon mestilah telah menerima surat tawaran dan telah mendaftar untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana (Master) / Kedoktoran (PhD) bagi tahun semasa di Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta yang diluluskan oleh YP.

3. Keputusan peringkat ijazah sarjana muda/Ijazah sarjana dan yang setaraf dengannya mestilah minimum CGPA 3.00.

4. Permohonan boleh dikemukakan oleh pelajar dalam tempoh 4 minggu sebelum atau dalam tempoh 6 minggu selepas tarikh pendaftaran kemasukan ke institusi dengan melengkapkan borang yang disediakan serta melampirkan salinan dokumen yang telah disahkan benar.

5. Borang permohonan boleh dibuat secara online di laman web YP di www.yp.org.my.

6. Senarai Institusi Pengajian Tinggi Awam & Swasta yang diluluskan oleh YP adalah seperti di bawah:
 
1. Universiti Malaya (UM)
2. Universiti Sains Malaysia (USM)
3. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
4. Universiti Putra Malaysia (UPM)
5. Universiti Malaysia Pahang (UMP)
6. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
7. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
8. Universiti Utara Malaysia (UUM)
9. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
10. Universiti Malaysia Sabah (UMS)
11. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
12. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
13. Universiti Teknologi MARA (UiTM)
14. Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
15. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
16. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
17. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
18. Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA)
19. Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
20. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
21. Universiti Islam Malaysia (UIM)


Sila hubungi pihak Yayasan Pahang, sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkenaan permohonan borang-borang di atas.

bagi permohonan geran ini, anda boleh melalui link ini

http://eyayasan2.yp.org.my/egeran/awam/index.php