PERMOHONAN ONLINE BANTUAN KE INSTITUT PENGAJIAN TINGGI (I-BITA) PULAU PINANG 2019

Sistem permohonan bantuan ke Institut pengajian Tinggi (I-BITA) pulau pinang 2019 adalah dibuka kepada pelajar-pelajar yang telah mendapat tawaran daripada IPT.


Kerajaan negeri Pulalu Pinang memperlawa kepada anak-anak kelahiran daripada Pulau Pinang untuk membuat permohonan melalui Sistem ini. Sebagai sebuah negeri yang mementingkan kebajikan masyarakat. Kerajaan Negeri membantu kepada anak-anak muda yang berjaya mendapatkan tawaran kemasukan ke IPT dari segi kewangan. ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga dalam mempersiapkan mereka sebelum masuk ke IPT tersebut.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
 
1. Pemohon WAJIB mengisi borang permohonan secara atas talian (ONLINE) di laman web http://ibita.penang.gov.my/ dan menghantar borang permohonan atas talian serta dokumen sokongan yang telah disahkan ke Pejabat Daerah dan Tanah yang berkaitan.

2. Pendapatan isi rumah (gaji pokok termasuk elaun tetap) tidak melebihi RM8,000.00 ;

3. Ibu / Bapa / Penjaga (salah seorang) mesti merupakan pengundi berdaftar di Pulau Pinang ;

4. Pelajar yang ditawarkan ke Program Sepenuh Masa sahaja yang layak memohon.

5. Pelajar yang ditawarkan Program Luar Kampus, Program Pendidikan Jarak Jauh, Program Kejururawatan dan Program Asasi / Matrikulasi adalah tidak layak memohon ;

6. Senarai dokumen sokongan yang perlu dikemukakan bersama borang permohonan yang telah dicetak melalui portal iBITA:
  • Salinan surat tawaran ke IPT
  • Slip bayaran yuran pendaftaran IPT
  • Salinan Kad Pengenalan Pelajar
  • Salinan Kad Pengenalan Ibu dan Bapa atau Penjaga
5. Salinan Penyata Gaji terbaru/ Kad Persara/ borang pengesahan pendapatan Ibu/ Bapa/Penjaga. Ibu/Bapa/ Penjaga yang tiada pendapatan tetap perlu membuat akuan di hadapan Pesuruhjaya Sumpah. (Bagi pesara, penyata pencen wajib dikemukakan). Salinan borang EA (penyata gaji tahunan) sekiranya bekerja sendiri.

*Semua dokumen sokongan di atas perlu disahkan oleh Pegawai Daerah / Guru Besar Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan / Pensyarah / Profesor / Pendaftar Universiti / Jaksa Pendamai / Ahli Parlimen / Ahli Dewan Undangan Negeri / Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan / Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional / Penghulu-Penghulu Kerajaan sahaja ;

7. Kegagalan menghantar dokumen sokongan selepas tarikh tutup penghantaran borang akan ditolak;

8. Permohonan bantuan ini hanya diberikan sekali seumur hidup sama ada permohonan dibuat bagi Pengajian Peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda sahaja. Sekiranya pelajar telah diluluskan bantuan bagi Pengajian Peringkat Diploma, pelajar adalah tidak layak lagi memohon bantuan jika menyambung pengajian ke Peringkat Ijazah Sarjana Muda ;

9. Pemohon boleh terdiri daripada pelajar, ibu, bapa, penjaga.

10 .Keputusan pemberian bantuan adalah muktamad.

11. Sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan.

JUMLAH BANTUAN
 
1. Universiti di Semenanjung = RM1,000.00 

2. Universiti Sabah dan Sarawak = RM1,200.00
 
3. Politeknik Malaysia = RM300.00

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN

Pemohon boleh memuat turun Perkhidmatan Aplikasi Mudah Alih PgGOV iBITA di Google Playstore atau IOS.Semakan status permohonan adalah selama satu bulan selepas tarikh permohonan ditutup.
 
Sistem permohonan dibuka pada setiap tahun tarikh adalah seperti dibawah
  • 1 Jun sehingga 30 Jun
  • 1 September sehingga 30 September 
* Sekiranya tarikh tersebut jatuh pada Hari Kelepasan Am/Cuti Umum maka tarikh tutup permohonan ditetapkan pada hari terakhir bekerja sebelum tarikh tersebut.

Baca Juga:

Permohonan Biasiswa Minamas-Sime Darby 2019
Permohonan Biasiswa Kerajaan Brunei 2019
Permohonan Bantuan Geran Pelajar Ke IPT 2019-Yayasan Pahang

Berdasarkan TARIKH SURAT TAWARAN KE IPT seperti rajah di bawah :
(BERDASARKAN TAHUN 2018)


Hanya 20 buah IPTA, 5 buah IPTS dan 36 buah Politeknik Malaysia sahaja yang layak memohon seperti berikut :

SENARAI NAMA 20 BUAH INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AWAM YANG TELAH DIPERAKUI OLEH AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA ATAU MALAYSIAN QUALIFICATION AGENCY (MQA) 
  1. UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA (UIAM)
  2. KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)
  3. UNIVERSITI MALAYA (UM)
  4. UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK)
  5. UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG (UMP)
  6. UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP)
  7. UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS)
  8. UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK (UNIMAS)
  9. UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT)
  10. UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)
  11. UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA (UPNM)
  12. UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM)
  13. UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)
  14. UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM)
  15. UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UniSZA)
  16. UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UteM)
  17. UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM)
  18. UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM)
  19. UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)
  20. UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)
SENARAI NAMA 5 BUAH INSTITUT PENGAJIAN TINGGI SWASTA YANG TELAH DILULUSKAN OLEH MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN (MMK)
  1. UNIVERSITI TUNKU ABDUL RAHMAN (UTAR)
  2. UNIVERSITI TERBUKA WAWASAN (WOU)
  3. UNIVERSITI AIMST (AIMST)
  4. KOLEJ UNIVERSITI TUNKU ABDUL RAHMAN (KTAR)
  5. KOLEJ UNIVERSITI KOMUNIKASI HAN CHIANG (KUKHC)
SENARAI NAMA 36 BUAH POLITEKNIK MALAYSIA YANG TELAH DILULUSKAN OLEH MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN (MMK)
  1. POLITEKNIK METRO KUALA LUMPUR (PMKL)
  2. POLITEKNIK METRO KUANTAN (PMKU)
  3. POLITEKNIK METRO JOHOR BAHRU (PMJB)
  4. POLITEKNIK METRO BETONG (PMBS)
  5. POLITEKNIK METRO TASEK GELUGOR (PMTG)
  6. POLITEKNIK UNGKU OMAR (PUO)
  7. POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH (PSA)
  8. POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN (PIS)
  9. POLITEKNIK KOTA BHARU (PKB)
  10. POLITEKNIK TUN SYED NASIR ISMAIL (PTSN)
  11. POLITEKNIK BESUT (PBT)
  12. POLITEKNIK BAGAN DATUK (PBD)
  13. POLITEKNIK PORT DICKSON (PPD)
  14. POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH (POLISAS)
  15. POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH (POLIMAS)
  16. POLITEKNIK SEBERANG PERAI (PSP)
  17. POLITEKNIK MELAKA (PMK)
  18. POLITEKNIK KUALA TERENGGANU (PKT)
  19. POLITEKNIK SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN (PSMZA)
  20. POLITEKNIK MERLIMAU (PMM)
  21. POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH (PSAS)
  22. POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHIYAH (PTSB)
  23. POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH (PSIS)
  24. POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN (PTSS)
  25. POLITEKNIK MUADZAM SHAH (PMS)
  26. POLITEKNIK JELI (PJK)
  27. POLITEKNIK NILAI (PNS)
  28. POLITEKNIK BANTING (PBS)
  29. POLITEKNIK MERSING (PMJ)
  30. POLITEKNIK HULU TERENGGANU (PHT)
  31. POLITEKNIK TAWAU (PTS)
  32. POLITEKNIK KOTA KINABALU (PKK)
  33. POLITEKNIK SANDAKAN (PSS)
  34. POLITEKNIK KUCHING SARAWAK(PKS)
  35. POLITEKNIK MUKAH SARAWAK (PMU)
PENGHANTARAN BORANG PERMOHONAN
 
Pemohon atau ibu atau bapa atau penjaga atau wakil boleh menghantar borang ke Pejabat Daerah dan Tanah (Bahagian Khidmat Pengurusan) yang berhampiran untuk memproses borang permohonan.
 
Bagi yang memerlukan panduan untuk mengisi secara online boleh merujuk  http://ibita.penang.gov.my/panduan.htm panduan pengguna .  (KLIK UNTUK MUAT TURUN PANDUAN PENGGUNA)
 
Bagi yang tiada penyata gaji / bekerja sendiri / pendapatan tidak tetap / hanya bergantung kepada SOCSO.

Perlu membuat akuan sumpah di hadapan Pesuruhjaya Sumpah di Mahkamah.

Jika terdapat sebarang ketidakfahaman tentang bantuan pendaftaran ke IPT ini.
  • Pemohon boleh menghubungi Pejabat Daerah dan Tanah yang memproses borang permohonan mengikut daerah masing-masing di portal IBITA (KLIK UNTUK PAUTAN HUBUNGI PIHAK I-BITA)
  • Boleh menghantar emel aduan/pertanyaan di portal IBITA kemukakan nombor kad pengenalan pemohon untuk membuat semakan atau kemaskini maklumat butiran mengenai permohonan tersebut