PERMOHONAN ONLINE BAGI KEMASUKAN KE KURSUS SIJIL PENGAJAR VOKASIONAL (VTO) AMBILAN MEI 2019 (KAMPUS CIAST & KAMPUS SATELIT CIAST)

Permohonan bagi kemasukan ke kursus Sijil Pengajar Vokasional (VTO) ambilan Mei 2019 kampus CIAST, kampus satelit CIAST, adalah diperlawa yang mempunyai kelayakan dan berminat untuk menjadi tenaga pengajar bagi mengemukakan permohonan melalui Online.


Sijil Pengajar Vokasional (VTO) adalah salah satu sijil yang diperlukan dan melayakan anda menjadi salah seorang tenaga pengajar bagi Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), bagi graduan, anda boleh memohon jawatan sebagai Tenaga Pengajar Vokasional di pusat- pusat Bertauliah JPK.

SIJIL PENGAJAR VOKASIONAL (VTO)

OBJEKTIF KURSUS :

Program latihan untuk menghasilkan pengajar yang berketerampilan sebagaimana keperluan Akta 652 (NASDA) Standard 6 dan kriteria menjadi PP/PPD iaitu :

“Memiliki sekurang-kurangnya SKM bidang pengajar vokasional atau sijil perguruan vokasional atau sijil latihan mengajar vokasional yang diiktiraf oleh JPK/MLVK”

RANGKA PEMBELAJARAN LATIHAN :

Menggunapakai NOSS Vocational Training Operation (I-031-3:2014) sebagai garis panduan asas.
Pelaksanaan kursus adalah 31/2 bulan teori (metodologi) di CIAST dan 6 bulan latihan internship di Institut Latihan Kemahiran Awam atau Swasta (ILKA/S).
Pelajar yang tamat pengajian dengan jayanya akan dianugerahkan Sijil Pengajar Vokasional (VTO) (SKM Tahap 3) daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

JANGKA MASA LATIHAN :

  • 9½ Bulan

SYARAT KEMASUKAN:


1. Warganegara Malaysia berumur antara 20 – 35 tahun
2. Lulus SPM atau SPMV dengan lulus dalam subjek Bahasa Malaysia (BM) dan Sejarah (bagi calon SPM tahun 2013 ke atas).
3. Memiliki salah satu daripada kelayakan berikut:
  • Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM); atau
  • Diploma Kemahiran Malaysia (DKM); atau
  • Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3.
4. Tidak buta atau buta warna atau rabun atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat.
5. fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.
6. Lulus Sesi Temuduga yang dijalankan.

SYARAT-SYARAT TAMBAHAN:

a) Permohonan daripada kakitangan kerajaan tertakluk kepada kelulusan jabatan masing-masing
b) Calon perlu bersedia untuk ditempatkan menjalani Latihan Internship di mana-mana Pusat Bertauliah seluruh Malaysia.

PELUANG PEKERJAAN :

Graduan boleh memohon jawatan sebagai Tenaga Pengajar Vokasional di pusat- pusat Bertauliah JPK.

Baca Juga:

Permohonan Online Kemasukan ke Gaitmara 
Permohonan Bantuan Kewangan kepada pelajar Kolej Komuniti

Makluman Penting:

Tarikh Buka Permohonan  : 23 Januari 2019 (Rabu) selepas jam 12 tengahari.

Tarikh Tutup Permohonan : 25 Februari 2019 (Isnin) jam 8.00 pagi.

Status panggilan temuduga boleh disemak melalui laman web CIAST mulai 27 Februari 2019 (Rabu) selepas jam 2.00 petang.

Tarikh Temuduga : 05 Mac 2019 (Selasa) hingga 15 Mac 2019 (Jumaat) bergantung kepada lokasi pusat temuduga.

Keputusan tawaran kemasukan boleh disemak melalui laman web CIAST mulai 08 April 2019 (Isnin) selepas jam 2.00 petang.

Untuk Permohonan Sila ke Pautan ini.