PERMOHONAN BIASISWA PELAJARAN BAITULMAL MAIPK 2019

Permohonan Biasiswa Pelajaran Baitumal MAIPK bagi tahun 2019 dibuka kepada permohonan baharu, permohonan adalah terbuka kepada anda yang berkelayakan.



Bagi tahun 2019, MAIPK membuka tawaran skim Biasiswa pelajaran Baitumal khususnya bagi pelajar daripada tingkatan 1,4 dan 5 bagi sesi persekolahan 2019. Tawaran ini terbuka kepada pelajar yang cemerlang di bawah asnaf Fakir dan Miskin seluruh negeri PERAK.

SYARAT KELAYAKAN

Pemohon skim ini harus memenuhi syarat-syarat keperluan berikut:

  1. Beragama Islam.
  2. Warganegara Malaysia.
  3. Bermastautin di Negeri Perak.
  4. Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi had kifayah (had kecukupan).
  5. Permohonan hanya terbuka kepada pelajar tingkatan satu (1), empat (4) dan lima (5) sahaja.
  6. Aktif dalam penglibatan Kokurikulum.
  7. Tergolong dalam Asnaf Fakir / Miskin (tertakluk had kifayah).
  8. Tidak menerima bantuan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) atau bantuan daripada mana-mana pihak /agensi.

Baca Juga:

Skim Bantuan zakat untuk pelajar
Permohonan Online sumbangan pendidikan zakat anak selangor
Tabung dana yayasan pelajaran Mara (YPM)

CARA MEMOHON
  • Sekiranya berminat boleh dapatkan borang di pejabat baitulmal terdekat atau muat turun dokumen melalui pautan dibawah.
  • Borang hendaklah diisi dengan menggunakan HURUF BESAR.
  • Setiap permohonan mestilah dibuat atas nama pelajar.
  • Hanya borang yang lengkap akan diproses.
  • Borang permohonan hendaklah dihantar ke Pejabat Pentadbiran MAIPk Daerah mengikut alamat tempat tinggal.
  • Permohonan hendaklah dihantar mengikut tempoh yang telah ditetapkan.

Tarikh Permohonan : 17 Disember 2018 – 31 Januari 2019

HUBUNGI

Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan pegawai di talian 05-208 4000.

Borang permohonan boleh didapati di sini.

Borang permohonan