PERMOHONAN ONLINE BAGI PINJAMAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK 2019(PINJAMAN BOLEH UBAH NEGERI PERAK)

Permohonan online bagi pinjaman pendidikan negeri perak 2019, adalah diperlawa kepada belia warganegara Malaysia yang berasal daripada negeri Perak untuk membuat permohonan.


Tawaran pinjaman Pendidikan Negeri Perak adalah terbuka kepada semua anak-anak kelahiran daripada negeri Perak yang mendapat tawaran kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Penajaan adalah bertujuan untuk membantu anak-anak negeri Perak dan seterusnya menyumbang kepada Wawasan Perak Amanjaya.

Pinjaman yang ditawarkan berbentuk pinjaman pemboleh ubah tanpa sebarang faedah untuk setiap bayaran balik yang dibuat. Selain itu, peminjam di kalangan pelajar peringkat Ijazah Sarjana Muda yang bergraduasi dengan Ijazah Kelas Pertama, mereka boleh membuat permohonan untuk menukarkan pinjaman kepada biasiswa.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

Setiap pemohon mesti memenuhi semua kelayakan berikut:

  • Pemohon dan ibu atau bapa lahir di Negeri Perak;
  • Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di luar Negeri Perak telah bermastautin di dalam Negeri Perak lebih daripada 10 tahun;
  • Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di luar Negeri Perak telah bermastautin di dalam Negeri Perak lebih dari 10 tahun ;
  • Pemohon mestilah mengikuti kursus pengajian Sepenuh Masa;
  • Bagi pemohon yang sedang belajar hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya baki tiga (3) semester atau satu (1) setengah tahun tempoh pengajian (Tempoh Pengajian mengambil kira semester panjang sahaja);
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM 5,000.00;


Umur pemohon pada tahun semasa mestilah:

DIPLOMA – Tidak melebihi 26 tahun dan 41 tahun bagi yang berkhidmat dengan Kerajaan
IJAZAH / SARJANA MUDA – Tidak melebihi 36 tahun dan 41 tahun bagi yang berkhidmat dengan Kerajaan
IJAZAH SARJANA – Tidak melebihi 36 tahun dan 40 tahun bagi yang berkhidmat dengan Kerajaan
IJAZAH KEDOKTORAN (PH.D) – Tidak melebihi 36 tahun dan 40 tahun bagi yang berkhidmat dengan Kerajaan

KADAR PINJAMAN


KADAR BAYARAN BALIK


***Setiap RM10,000.00 , kadar bayaran bulanan akan dinaikkan sebanyak RM50.00
*** Peminjam di peringkat Ijazah Sarjana Muda yang bergraduasi dengan Ijazah Kelas Pertama, mereka boleh mengemukakan permohonan untuk menukarkan pinjaman kepada biasiswa.

SENARAI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI DAN KURSUS YANG DITAJA

(i) Institusi Pengajian Tinggi Awam Tempatan (IPTA):
(a) Semua Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) – Semua jenis kursus yang ditawarkan oleh pihak IPTA

(ii) Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS):
(a) Semua Intitusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang bertaraf Universiti dan Kolej Universiti dalam Negara – Semua jenis kursus yang ditawarkan oleh pihak IPTS yang diiktiraf oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA)
(b) Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang bertaraf Institusi atau Kolej di dalam Negeri Perak sahaja – Semua jenis kursus yang ditawarkan oleh pihak IPTS yang diiktiraf oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA).

(iii) Institusi Pengajian Tinggi Luar Negara (Jordan sahaja)
(a) Pengajian Islam sahaja

Baca Juga:

Permohonan Bantuan Pelajaran Tunku Abdul Rahman (BTAR) Untuk pelajar IPTA
Tawaran Biasiswa Bank Rakyat 2019(pinjaman Boleh Ubah)
Permohonan Calon Guru tajaan KPM 2019

KAEDAH MEMOHON

Semua permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui aplikasi SPPIP berikut :
(i) http://spptp.perak.gov.my ; atau
(ii) laman web Kerajaan Negeri Perak iaitu di www.perak.gov.my

TARIKH TUTUP: 28 Februari 2019