PERMOHONAN BANTUAN PELAJARAN TUNKU ABDUL RAHMAN (BPTAR) 2019 BAGI PELAJAR IPTA

Permohonan Bantuan Pelajaran Tunku Abdul Rahman (BPTAR) 2019 bagi pelajar IPTA, pelajar yang sedang melanjutkan pengajian mereka di Institutsi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) diperlawa untuk membuat permohonan BPTAR



BPTAR ini dikhususkan untuk pelajar yang berlatarbelakang keluarga miskin bagi menampung kos sara hidup untuk dua (2) semester (10 bulan sahaja) semasa mengikuti pengajian sepenuh masa Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

SYARAT PERMOHONAN

  • Warganegara Malaysia.
  • Pelajar berdaftar sepenuh masa dalam sebarang pengajian Ijazah Sarjana Muda di IPTA tempatan.
  • Berlatarbelakang keluarga miskin.
  • Pemohon yang sedang menerima bantuan kewangan (pinjaman) masih layak memohon.

KADAR BANTUAN DAN BAYARAN

Amaun bantuan dan bilangan penerima akan ditentukan oleh Lembaga Pemegang Amanah YTAR dan disalurkan melalui pejabat Hal Ehwal Pelajar IPTA.

PENGESAHAN PENDAPATAN KELUARGA

Maklumat berkaitan pendapatan keluarga pemohon hendaklah disahkan oleh Penguasa yang benar-benar mengenali keluarga pemohon seperti Penghulu Mukim (atau setaraf) atau Ketua Jabatan (Majikan ibubapa/penjaga).

Baca Juga:

Panduan Permohonan Biasiswa Dana Pendidikan Karangkaf
Permohonan dan Tawaran Biasiswa The Star 2019
Permohonan Biasiswa Minamas 2019

PERMOHONAN

Semua permohonan mesti diserahkan kepada Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) universiti.

Tarikh permohonan dibuka : 15 Ogos 2019

Tarikh permohonan ditutup : 30 September 2019

Hanya calon yang disenarai pendek akan dihubungi. Pemohon yang tidak dihubungi oleh Hal Ehwal Pelajar universiti selepas 3 bulan daripada tarikh tutup permohonan dianggap tidak berjaya.

UNTUK SEBARANG PERTANYAAN, SILA RUJUK PEJABAT HAL EHWAL PELAJAR, UNIVERSITI (AWAM) ANDA.