BIASISWA KERAJAAN NEGERI SABAH BKNS 2019

Biasiswa kerajaan Negeri Sabah merupakan satu inisiatif bantuan kepada pelajar-pelajar kelahiran negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.Para pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi selepas tamat SPM samada peringkat diploma ataupun ijazah disarankan untuk membuat permohonan BKNS ini.
Warganegara Malaysia yang berasal dari Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan dan salah seorang ibu atau bapa pemohon berasal dan dilahirkan di Sabah atau Wilayah Persekutuan Labuan dipelawa memohon Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah untuk mengikuti kursus-kursus yang disenaraikan:

BIDANG DAN PERINGKAT PENGAJIAN
1. Diploma di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan (IPT)
  • Kejuruteraan
  • Kesihatan dan Perusahaan Ternak
  • Seni Bina (Architecture)
  • Pertanian
  • Perakaunan
  • Sains Tulin
  • Juru Ukur
  • Teknologi Maklumat
2. Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tempatan (IPT)
  • Perubatan
  • Pengajian Islam
  • Pergigian
  • Matematik
  • Perubatan Veterinar
  • Sains Tulen (Biologi/Kimia/Fizik)
  • Farmasi
  • TESL
  • Kejuruteraan
  • Psikologi
  • Ukur Bahan
  • Sains Komputer
  • Seni Bina (Architecture)
  • Ekonomi
  • Sains dan Teknologi Makanan
  • Perakaunan
  • Sains Bioteknologi
  • Pentadbiran Perniagaan
  • Akuakultur
  • Pelancongan dan Hospitaliti
  • Sains Biologi Marin
  • Undang-Undang
  • Sains Alam Sekitar
  • Pengurusan Ladang
  • Perikanan
  • Pertanian
  • Perhutanan
  • Muzik
  • Komunikasi
  • Pendidikan
  • Pengangkutan dan Logistik
  • Teknologi Maklumat
Berikut merupakan syarat umum dan kelayakan untuk permohonan BKNS 2016 ini.
SYARAT PERMOHONAN BKNS 2016
Had Umur
– Bagi pemohon Diploma, pemohon hendaklah tidak melebihi 20 tahun.
– Bagi pemohona Ijazah, pemohon hendaklah tidak melebihi 25 tahun
Kelayakan Akademik
  1. Kursus Diploma
    • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperolehi sekurang-kurangnya gred C dalam lima (5) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan mata pelajaran yang berkaitan dengan bidang kursus yang hendak diikuti.
    • Lulus dengan kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris untuk universiti yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Penghantar.
  2. Kursus Sarjana Muda
    • Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan memperoleh sekurang-kurangnya CGPA 3.5. Kelayakan ini haruslah diperoleh dengan hanya sekali menduduki peperiksaan atau kelayakan yang setaraf.
    • Lulus Matrikulasi dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5
    • Lulus Foundation dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5
  3. Perubatan, Pergigian dan Farmasi
    • Kursus Perubatan, Pergigian dan Farmasi perlu mendapat sekurang-kurangnya CGPA 3.5 di peringkat STPM/Diploma/Matrikulasi. Tawaran biasiswa hanya di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam negeri sahaja.
    • Pemohon yang sedang belajar di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan (IPT) kecuali Perubatan, Pergigian dan Farmasi perlu mendapat sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5 keputusan semasa untuk meneruskan pengajian ke peringkat Diploma dan Sarjana Muda.
Cara Memohon Biasiswa Kerajaan Sabah BKNS 2016
  1. Permohonan dibuat melalui on-line dengan melayari Web:www.biasiswa.sabah.gov.my mulai 10 Mac 2016.
  2. Anda mestilah mempunyai E-Mail peribadi masing-masing untuk memohon biaiswa ini.
PERHATIAN
  1. Bagi pelajar Sijil Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia, pemohon bolehlah menggunakan Keputusan Peperiksaan Semester Satu (1) dan mengemaskini semula permohonan apabila keputusan peperiksaan semester terakhir diperolehi dan kemukakan ke Bahagian Biasiswa, JPANS dengan segera.
  2. Permohonan yang tidak lengkap atau tidak memenuhi syarat-syarat seperti yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan.
  3. Keputusan permohonan boleh disemak melalui online.
  4. Kursus-kursus Matrikulasi/Asasi/Foundation tidak ditaja.
  5. Tarikh tutup permohonan ialah pada 11 April 2016. Permohonan lewat tidak akan dipertimbangkan.
Sila like FB Page mypendidikan.info  untuk mendapatkan kemaskini Biasiswa terbaru.