BIASISWA PIDM 2016 – PROGRAM BIASISWA SARJANA MUDA PIDM 2016

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) merupakan sebuah badan berkanun yang memnyediakan perlindungan daripada kehilangan deposit bank serta manfaat takaful dan insurans sekiranya berlaku kegagalan ahli institusi dan diberi mandat untuk menggalakkan keyakinan orang ramai terhadap kestabilan sistem kewangan di Malaysia.

FALSAFAH BIASISWA PIDM

Program ini bertujuan untuk membantu rakyat Malaysia yang berkelayakan dan memerlukan bantuan kewangan untuk melanjutkan pelajaran mereka di institusi pengajian tinggi tempatan.

TAWARAN BIASISWA PIDM

  • Pembiayaan sehingga RM10,000 setahun untuk yuran kursus atau kos sebenar, yang mana lebih rendah;
  • Pembiayaan sehingga RM20,000 elaun untuk alat bantuan pembelajaran termasuk buku, komputer, alat tulis dan bahan-bahan lain untuk setiap semester atau sehingga RM4,000 setahun;
  • Pembiayaan elaun maksimum sehingga RM6,000 setahun atau RM500 sebulan;
  • Tidak akan ada ikatan untuk biasiswa ini dan penerima tidak perlu membayar balik jumlah biasiswa diberikan.
  • Program induksi
    Program perlantikan (induksi) akan disediakan kepada semua penerima Anugerah Biasiswa PIDM. Ini adalah untuk memastikan penerima memahami mandat, visi, misi dan nilai-nilai PIDM.
  • Program Mentor dan Bimbingan
    Setiap penerima akan diberikan “mentor” daripada pasukan Pengurusan Kanan PIDM. Mentor ini akan menyediakan bimbingan yang konsisten dan berterusan sepanjang program. Ini adalah untuk memastikan bahawa penerima biasiswa mendapat sokongan yang sepatutnya dan dapat memanfaatkan pengalaman daripada pihak pengurusan kami.
  • Program Internship
    Sebagai sebahagian daripada reka bentuk strategik program ini, graduan akan ditawarkan peluang latihan praktikal berbayar selama enam bulan di PIDM untuk mengaplikasi ilmu yang dipelajari dalam konteks operasi (tertakluk kepada minimum ‘Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) sekurang-kurangnya 3.00 atau sekurang-kurangnya ‘Kelas Kedua Atas’ dalam peperiksaan akhir).
Secara ringkasnya, program ini akan meliputi pembiayaan yuran dan elaun di atas sehingga maksimum RM20,000 setahun untuk setiap penerima. Sepanjang tempoh latihan praktikal di PIDM, setiap penerima akan menerima elaun bulanan sebanyak RM1,000 bagi tempoh 6 bulan.

SYARAT & KELAYAKAN

Biasiswa ini akan ditawarkan setiap tahun kepada maksimum 20 pemohon yang berjaya, untuk mengikuti sehingga empat tahun pengajian sarjana muda di Institut Pengajian Tinggi (IPT) dalam negara.
Notis tawaran biasiswa ini terbuka untuk semua pelajar di kalangan rakyat Malaysia yang memerlukan pembiayaan. Pelajar yang telah memulakan pengajian ijazah pertama juga layak memohon dengan syarat mereka memenuhi syarat dan kelayakan yang ditetapkan.
  1. Anda mestilah seorang warganegara Malaysia yang berumur di bawah 25 tahun (1 Januari 2016) dan menjadi seorang pelajar sepenuh masa;
  2. Anda mesti mempunyai keputusan akademik yang baik dalam peperiksaan SPM / STPM atau setaraf (dengan kredit kelulusan dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris);
  3. Anda perlu menjadi pelajar sepenuh masa dan telah mendapat kemasukan ke mana-mana kursus yang berkaitan dengan bidang pengajian yang disenaraikan di sini, yang telah diluluskan dan diiktiraf oleh Lembaga Akreditasi Negara (LAN), di kolej atau universiti di Malaysia yang diluluskan oleh pihak PIDM;
  4. Tidak dapat mengambil kursus tanpa bantuan atau anugerah kewangan;
  5. Tidak menerima apa-apa biasiswa, bantuan atau anugerah kewangan daripada mana-mana institusi, organisasi atau Yayasan lain;
  6. Tidak pernah ditamatkan atau diberhentikan daripada menerima sebarang biasiswa, bantuan atau anugerah kewangan daripada mana-mana institusi, organisasi atau yayasan kerana tindakan disiplin terhadap pemohon;
  7. Permohonan hanya akan dipertimbangkan jika mereka memenuhi kriteria kelayakan; bidang pengajian khusus dan senarai kolej dan universiti yang diluluskan oleh pihak PIDM.
BIDANG PENGAJIAN YANG DITAWARKAN
Bidang pengajian yang ditaja dibawah biasiswa PIDM adalah:
  • Perakaunan
  • Perbankan
  • Pentadbiran Perniagaan
  • Kewangan
  • Perniagaan Antarabangsa
  • Perbankan Islam
  • Perbankan dan Pengurusan Kewangan
  • Sains Komputer / Teknologi Maklumat
  • Ekonomi
  • Ekonomi Kewangan Antarabangsa
  • Statistik
  • Sains Aktuari
  • Undang-undang/Undang-undang Syariah
  • Pembangunan Insan / Pembangunan Sumber Manusia
  • Matematik (Aktuari)
  • Pengurusan Risiko dan Insurans
  • Insurans
SENARAI KOLEJ ATAU UNIVERSITI DILULUSKAN
INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM (IPTA)
  1. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
  2. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
  3. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  4. Universiti Malaya (UM)
  5. Universiti Malaysia Pahang (UMP)
  6. Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP)
  7. Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  8. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
  9. Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
  10. Universiti Putra Malaysia (UPM)
  11. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  12. Universiti Sains Malaysia (USM)
  13. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  14. Universiti Teknologi Mara (UiTM)
  15. Universiti Utara Malaysia (UUM)
INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA (IPTS)
  1. Universiti Multimedia (MMU)
  2. Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
  3. Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK)
  4. Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)
  5. Universiti Industri Selangor (UNISEL)
  6. Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TAR UC)

CARA MEMOHON BIASISWA PIDM

  1. Muat turun borang permohonan biasiswa PIDM 2016 di SINI
  2. Sila hantar borang permohonan yang telah lengkap diisi beserta gambar terkini berukuran pasport, salinan diperakui bagi transkrip dan/atau sijil akademik anda dan semua dokumen yang berkaitan ke alamat berikut:
    Bahagian Sumber Manusia
    (Program Biasiswa)
    Perbadanan Insurans Deposit Malaysia
    Aras 12, Axiata Tower (dahulunya dikenali sebagai Quill 7)
    No.9 Jalan Stesen Sentral 5,
    Kuala Lumpur Sentral,
    50470 Kuala Lumpur
  3. Atau anda juga boleh hantarkan permohonan anda melalui email kepada:
    hc@pidm.gov.my
  4. Hanya pemohon yang disenarai pendek sahaja yang akan dihubungi.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN BIASISWA PIDM 2016

Tarikh akhir borang perlu sampai kepada pihak PIDM adalah sebelum 18 April 2016
Maklumat lanjut: Iklan Biaiswa PIDM 2016