BIASISWA RONALD MCDONALD HOUSE CHARITIES (RMHC) 2016

Sukacita dimaklumkan bahawa pada tahun ini RMHC Malaysia masih ingin meneruskan lagi pemberian biasiswa kepada pelajar-pelajar yang layak. Pada tahun ini pihak RMHC bercadang untuk memberi bantuan biasiswa kepada 6 orang pelajar dari setiap negeri di seluruh Malaysia.
Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia atau Ronald McDonald House Charities Malaysia (RMHC Malaysia) yang dahulu dikenali sebagai Tabung Kebajikan Ronald McDonald Untuk Kanak-kanak Malaysia (RMCC), ialah sebuah badan kebajikan berdaftar (1052190) dan non-profit organization yang telah ditubuhkan pada 15 Februari 1990 bermatlamat untuk membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik daripada aspek pendidikan, kesihatan dan sosial.
Latarbelakang Program Biasiswa RMHC
RMHC Tunas Wawasan peringkat Wilayah Persekutuan telah dilancarkan pada 22 Mac 1997 . Program ini adalah hasil dari kerjasama di antara RMHC dan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan. Manakala RMHC Tunas Wawasan peringkat Kebangsaan telah dilancarkan pada 2001. Program ini pula adalah hasil kerjasama di antara RMHC dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Di mana melalui program ini, lebih kurang orang pelajar dari setiap negeri di seluruh negara pada setiap tahun telah dianugerahkan biasiswa ini.
Program biasiswa ini adalah bertujuan untuk membantu para pelajar pintar dari keluarga berpendapatan rendah dengan menganugerahkan mereka biasiswa supaya kesempitan kewangan dapat diringankan serta menggalakkan mereka cemerlang dalam pelajaran. Pelajar-pelajar dari Sekolah-sekolah Menengah di seluruh negara dipilih menerima biasiswa
yang mengandungi perbelanjaan seperti buku-buku atau bahan-bahan bacaan, pakaian seragam, alatulis serta pengangkutan. Bantuan biasiswa ini adalah bermula dari pelajar ini berada di tingkatan 1 sehinggalah tamat tingkatan 5.
Kategori Biasiswa
Berikut adalah kategori biasiswa RMHC untuk tahun 2016:
Kategori 1Tingkatan 1 & 2Permulaan sekolah* : RM360 x 1
Bulanan : RM 50 x 12
Jumlah setahun : RM960.00
Kategori 2Tingkatan 3 & 4Permulaan sekolah* : RM360 x 1
Bulanan : RM 70 x 12
Jumlah setahun : RM1,200.00
Kategori 3Tingkatan 5Permulaan sekolah* : RM360 x 1
Bulanan : RM 80 x 12
Jumlah setahun : RM1,320.00
* Jumlah ini akan dikreditkan ke dalam akaun simpanan pada bulan Disember sebelum seisi persekolahan bermula. Keperluan perbelanjaan sekolah dalam setahun seperti berikut :
PerkaraRM
Pakaian seragam sekolah40.00
Kasut & beg sekolah70
Buku-buku tulis & bacaan200
Lain-lain keperluan50
Jumlah

Kriteria Pelaiar Yang Berkelayakan

Mestilah berada di tingkatan 1 Sekolah Harian pada tahun 2016. Murid di Sekolah Berasrama Penuh tidak layak dicalonkan.
Pendapatan/gaji pokok ibubapa perajar adalah tidak melebihi RM1,500.00 sebulan.
Pelajar mencatatkan keputusan yang cemerlang dalam Peperiksaan UPSR. Sekurang-kurangnya memperolehi 4,A’ dalam UPSR.
Pelajar haruslah aktif di dalam aktiviti ko-kurikulum dan sukan di sekolah.
Pelajar mempunyai rekod disiplin yang baik di sekolah. Pelajar yang pernah dikenakan tindakan tertib oleh pihak sekolah adalah tidak layak.
Pelajar tidak menerima sebarang biasiswa dari organisasi lain.
Pembayaran Biasiswa

Wang biasiswa dikreditkan ke dalam buku akaun simpanan CIMB Bank Berhad yang akan dibukakan khas untuk setiap penerima biasiswa. Buku akaun akan disimpan oleh Guru Pengelola Biasiswa di sekolah masing-masing.

Pada akhir tahun iaitu bulan Disember, sejumlah RM360.00 (perbelanjaan permulaan sekolah) akan dikreditkan ke dalam akaun CIMB pelajar. Manakala bayaran bulanan (mengikut Kategori Biasiswa) akan dikreditkan ke dalam akaun simpanan pada setiap 3 bulan.

Biasiswa RMHC Malaysia ini akan berterusan sehingga pelajar tamat persekolahan menengah.

Aktiviti-aktiviti Untuk Pemegang Biasiswa

Selain daripada menganugerahkan biasiswa, RMHC akan menganjurkan aktiviti untuk mereka. Aktiviti-aktiviti tersebut adalah seperti berikut :

Majlis perjumpaan bersama para pelajar RMHC yang akan diakan di setiap negeri. Majlis ini akan diadakan di salah sebuah restoran McDonald’s terpilih di setiap negeri.
Menimba Pengalaman Di Belakang Kaunter di mana setiap pelajar RMHC akan berkesempatan untuk merasai pengalaman di belakang kaunter dan melihat sendiri sebuah restoran McDonald’s beroperasi. Dari sini, pelajar akan didedahkan dengan perkara seperti komunikasi, koordinasi, semangat kerjasama seperti sebuah pasukan, kualiti & nutrition dan sebag ainy a yang dijalankan di McDonald’s.
Majlis Perjumpaan ini juga memberi kesempatan kepada kesemua para pelajar RMHC ntuk berkumpul dan bertemu di antara satu sama lain. Pada masa yang sama mereka dapat bertukar-tukar fikiran seterusnya dapat memupuk kemesraan di kalangan mereka. Tambahan pula aktiviti-aktiviti sebegini memberi peluang kepada para sukarelawan RMHC untuk bertemu, menyampaikan nasihat dan dorongan kepada para pelalar supaya bersungguh-sungguh dalam mengejar ilmu. Malah dapat mengeratkan lagi hubungan di antara para pelajar dengan para sukarelawan RMHC.
Tanggungjawab Pengetua

Semua Pengetua, Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Negeri Perak.

Borang permohonan hendaklah dihantar ke Unit HEM, JPN Perak pada atau sebelum 29 Mac 2016. Hanya 10 borang permohonan yang layak sahaja akan dihantar kepada RMHC Malaysia.

Sehubungan itu, bersama-sama ini disertakan perkara seperti di bawah untuk tindakan tuan selanjutnya.

Surat makluman daripada Jabatan Pendidikan Negeri Melaka
Borang Permohonan Program Biasiswa RMHC 2016


360.00