PROGRAM KERJASAMA JPA-MARA UNTUK LEPASAN SPM 2015

Permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon yang menduduki SPM pada tahun 2015 bagi kali pertama untuk mendapatkan tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di bawah Program Khas JPA MARA bagi mengikuti pengajian Ijazah Pertama di dalam dan luar negara. Calon-calon yang berjaya dipilih bagi program ini akan mengikuti program persediaan sebelum melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Pertama.


SYARAT PERMOHONAN 

Calon-calon mestilah memenuhi syarat-syarat umum dan khusus permohonan seperti berikut: Syarat-Syarat Umum
a) Pemohon DAN salah seorang ibu ATAU bapa berketurunan Melayu/ Bumiputera dan Warganegara Malaysia.
b) Umur belum mencapai 19 tahun pada tahun permohonan (20 tahun bagi pelajar peralihan) dan menduduki SPM 2015 pada kali pertama.
c) Mempunyai kesihatan yang baik.
 d) Ibu, bapa dan ahli keluarga tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang JPA. e) Pemohon tidak menerima bantuan kewangan/tajaan dari manamana agensi untuk pengajian atau peringkat yang sama.

Syarat-Syarat Khusus Permohonan SILA LIHAT DISINI 

Dapatkan Info biasiswa terkini

MAKLUMAT PROGRAM KHAS JPA MARA TAHUN 2016 PENGENALAN

STRUKTUR PENGAJIAN PROGRAM KHAS JPA MARA

 Program Khas JPA MARA 

Tahun 2016 adalah program penajaan JPA bagi pelajar lepasan SPM 2015 bagi mengikuti pengajian Ijazah Pertama di dalam dan luar negara. Calon-calon yang berjaya dipilih bagi program ini akan mengikuti program persediaan sebelum melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Pertama.

PROGRAM AKADEMIK JEPUN 

Program Akademik Jepun (PAJ) merupakan program penajaan ke Jepun dalam bidang kejuruteraan dan sains sosial. Pelajar akan ditindik bagi mengikuti program persediaan khas sebelum melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Pertama ke Jepun. Penempatan di kolej persediaan bagi Program Akademik Jepun akan dilaksanakan di Ambang Asuhan Jepun (AAJ) dan Institut Bahasa Teikyo (IBT). PROGRAM IJAZAH PERTAMA DI GOVERNMENT LINKED UNIVERSITY (GLU) Program Ijazah Pertama di Government Linked University (GLU) (Universiti Tenaga National, Universiti Teknologi Petronas dan Multimedia University). Pelajar akan mengikuti kursus persediaan di Universiti pilihan sebelum melanjutkan Ijazah Pertama di Universiti yang sama. PROGRAM IJAZAH PERTAMA DI IPTS Program Ijazah Pertama di IPTS untuk mengikuti program persediaan sebelum ke peringkat Ijazah Pertama di Institusi Pengajian Tinggi Swasta tempatan dalam bidang perubatan. Program persediaan akan dilaksanakan di Kolej Teknologi Timur (KTT) dan International Islamic School Malaysia (IISM).

Untuk permohonan sila klik disini MARA

Untuk info yang lebih lanjut sila klik www.mara.gov.my