BIASISWA KOMANWEL NEW ZEALAND 2018 – MASTER DAN PHD

Sukacita dimaklumkan bahawa pada tahun ini, pihak JPA sekali lagi telah menerima tawaran Biasiswa Komanwel New Zealand (New Zealand Commonwealth Scholarship) tahun 2018 bagi Pengajian Peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah. Sehubungan dengan itu, permohonan program ini dibuka mulai 1 Mac sehingga 29 April 2018.


Permohonan calon-calon bukan kakitangan Kerajaan hendaklah memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur Biasiswa Komanwel New Zealand.
Manakala, calon-calon kakitangan Kerajaan hendaklah memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur Biasiswa Komanwel New Zealand dan juga memenuhi syarat-syarat berikut:
  1. Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan tetap;
  2. Telah disahkan dalam skim perkhidmatan semasa pada atarikh tutup permohonan;
  3. Umur tidak melebihi 50 tahun untuk peringkat Sarjana dan tidak melebihi 45 tahun untuk peringkat Doktor Falsafah (Ph.D) pada tarikh tutup permohonan, tarikh memulakan pengajian atau satu tarikh yang ditetapkan penaja mengikut mana yang berkenaan;
  4. Mempunyai penguasaan Bahasa Inggeris yang baik;
  5. Telah mengisytiharkan harta;
  6. Mencapai Laporan Nilai Prestasi Tahunan (LNPT) purata minimum 85% bagi tempoh genap 3 tahun kalendar yang terkini berturut-turut (2012, 2013 & 2014) atau (2013, 2014 & 2015);
  7. Bersih daripada pertuduhan/tindakan tatatertib dan bebas daripada dakwaan Mahkamah;
  8. Tidak tersenarai dalam senarai hitam peminjam skim pinjaman pelajaran JPA
  9. Tiada mengikuti kursus pendek di luar negara dalam tempoh satu tahunkebelakangan atau kursus panjang dalam tempoh dua tahun kebelakangan (dikira dari 29 April 2018);
  10. Kursus yang diikuti adalah berkaitan dengan bidang yang bersesuaian dengan bidang tugas;
  11. Tiadak mendapat penajaan (pinjaman atau biasiswa) daripada agensi penaja yang lain bagi pengajian yang diikuti; dan
  12. Mengikuti pengajian di peringkat yang lebih tinggi daripada kelayakan akademik sedia ada yang dimiliki pegawai

CARA MEMOHON BIASISWA KOMANWEL NEW ZEALAND

CALON BUKAN KAKITANGAN KERAJAAN
Calon perlu memohon secara online melalui laman webhttp://www.esilav2.jpa.gov.my dan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur Biasiswa Komanwel New Zealand. Maklumat lanjut boleh didapati melalui laman web Universities New Zealand, melalui pautanhttp://www.universitiesnz.ac.nz/NZCommonwealthScholarships.
Borang permohonan yang telah lengkap diisi perlu dihantar sebanyak 2 salinan (1 asal dan 1 salinan fotostat) selewat-lewatnya pada 29 April 2018 ke alamat berikut:
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Aras 3, Blok C1, Kompleks C
62510 PUTRAJAYA
(u.p.: Unit Pengurusan Penawaran Dalam Perkhidmatan)
CALON KAKITANGAN KERAJAAN
Calon yang terdiri daripada Kakitangan Kerajaan perlu memohon secara online melalui laman web http://www.esilav2.jpa.gov.my dan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur Biasiswa Komanwel New Zealand. Maklumat lanjut boleh didapati melalui laman web Universities New Zealand, melalui pautan http://www.universitiesnz.ac.nz/NZCommonwealthScholarships.
Selain itu, pegawai perlu memenuhi syarat-syarat Cuti Belajar seperti yang dinyatakan dalam Surat Edaran Pelawaan Kemudahan Program Biasiswa Komanwel New Zealand Tahun 2016
Untuk Info lanjut sila klik disini