PROGRAM KHAS KEJURUTERAAN JEPUN, KOREA, PERANCIS DAN JERMAN TAHUN 2016

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Program Khas Kejuruteraan Jepun, Korea, Perancis Dan Jerman Tahun sesi tahun 2016 kini boleh dipohon secara online bermula 4 Mac 2016 jam 11.00 pagi hingga 10 Mac 2016 jam 5.00 petang.
Permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon yang menduduki SPM pada tahun 2015 bagi kali pertama untuk mendapatkan tajaan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk mengikuti pengajian di bawah Program Khas Kejuruteraan di negara Jepun, Korea, Perancis dan Jerman (JKPJ). Calon-calon yang berjaya dipilih bagi program ini akan mengikuti program persediaan sebelum melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Pertama di negara berkenaan.
SYARAT PERMOHONAN
Calon-calon yang ingin memohon mestilah memenuhi syarat-syarat kelayakan umum dan khusus permohonan yang disenaraikan seperti berikut:
Syarat-Syarat Umum
  1. Warganegara Malaysia;
  2. Umur belum mencapai 19 tahun pada tahun permohonan (20 tahun bagi pelajar peralihan);
  3. Mempunyai kesihatan yang baik;
  4. Ibu bapa dan ahli keluarga tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang JPA; dan
  5. Pemohon tidak menerima bantuan kewangan/ tajaan dari mana-mana agensi untuk pengajian atau peringkat yang sama.
Syarat Khusus
Mendapat sekurang-kurangnya gred A- dalam tujuh (7) mata pelajaran berikut:
  1. Bahasa Melayu;
  2. Sejarah;
  3. Pendidikan Islam atau Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah/ Pendidikan Syariah Islamiah/ Pendidikan Moral;
  4. Bahasa Inggeris;
  5. Fizik;
  6. Kimia;
  7. Matematik Tambahan; dan
  8. Tidak mempunyai sebarang gred C dalam mana-mana mata pelajaran yang diambil.
PENTING: Struktur pengajian bagi Program Khas Kejuruteraan JKPJ: Lihat di Sini
Baca juga: Biasiswa
CARA MEMOHON
  1. Permohonan program Khas Kejuruteraan JKPJ adalah melalui laman ePermohonan
  2. Calon perlu melakukan pendaftaran akaun pengguna yang boleh dilakukan dengan menekan butang ‘Daftar’ di Halaman Utama ePermohonan.
  3. LINK: ePermohonan
TARIKH TUTUP: 10 Mac 2016 jam 5.00 petang