BIASISWA LUAR NEGARA PERMODALAN NASIONAL BERHAD (PNB) 2016

Program biasiswa tajaan PNB membuka peluang dan tawaran kepada pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melanjutkan pengajian mereka di universiti awam (IPTA) dan universiti swasta (IPTS) yang terpilih di dalam negara, serta universiti-universiti terkemuka di luar negara.


Anugerah Biasiswa Luar Negara PNB merupakan tajaan yang diberikan kepada pelajar-pelajar cemerlang dan terpilih dikalangan lepasan SPM untuk melanjutkan pelajaran di universiti-universiti terkemuka di United Kingdom dan Australia dalam bidang-bidang pengajian yang berkaitan dengan aktiviti perniagaan PNB seperti perakaunan, kewangan, undang-undang, matematik, sains aktuari dan kejuruteraan. Pelajar-pelajar yang terpilih perlu mengikuti program A-Level selama 2 tahun.
Permodalam Nasional Berhad (PNB) merupakan syarikat pengurusan aset terkemuka di Malaysia yang terlibat dalam menguruskan pelbagai portfolio untuk memenuhi jangkaan dan keperluan pelaburan pemegang unit amanah. Dalam menjayakan usaha PNB untuk menjadi syarikat pengurusan aset bertaraf dunia, PNB menjemput calon lepasan SPM 2015 untuk memohon Anugerah Biasiswa Luar Negara PNB 2016.

BIDANG PENGAJIAN YANG DITAJA BIASISWA LUAR NEGARA PNB

  • Ekonomi
  • Hartanah
  • Kejuruteraan Alam Sekitar (Green Engineering)
  • Kewangan
  • Matematik dan Ekonomi
  • Matematik dan Statistik (Kewangan)
  • Matematik dan Statistik
  • Pengurusan Hospitaliti
  • Pengurusan Risiko
  • Penulisan Kreatif
  • Perakaunan
  • Sains Aktuari
  • Teknologi Maklumat
  • Undang-undang

SYARAT KELAYAKAN BIASISWA LUAR NEGARA PNB 2016

  • Mendapat minima 8A (A dan A+ sahaja) dalam SPM 2015;
  • Memperoleh minima gred 2A bagi subjek Bahasa Inggeris GCE-O Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015;
  • Umur tidak melebihi 19 tahun pada 1 Januari 2016;
  • Aktif dalam aktiviti ko-kurikulum dan sukan, kualiti kepimpinan dan semangat kerja berpasukan yang tinggi;
  • Mempunyai kemahiran sosial dan komunikasi yang cemerlang; dan
  • Tiada keluarga terdekat yang pernah atau sedang menerima mana-mana Anugerah Biasiswa daripada PNB.
Cara Memohon Biasiswa Luar Negara PNB
  1. Anda diminta untuk lengkapkan SEMUA butiran yang dinyatakan di dalam borang permohonan biasiswa;
  2. Sertakan bersama salinan slip kepuusan SPM 2015 dan salinan sijil/dokumen lain yang berkaitan yang telah disahkan;
  3. Borang biasiswa hendaklah diisi dengan jelas dan tepat. Pihak PNB berhak untuk menolak permohonan yang tidak lengkap atau palsu pada bila-bila masa;
  4. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada:
    Jabatan Pembangunan Pendidikan
    Permodalan Nasional Berhad (PNB)
    Tingkat 38, Menara PNB
    201-A Jalan Tun Razak
    50400 Kuala Lumpur
Muat Turun Fail:
Tarikh Tutup Permohonan: 18 Mac 2016